Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PANDANGAN INI BETUL

PANDANGAN INI BETUL - Hallo sahabat news, In the article you are reading this time with the title PANDANGAN INI BETUL , We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.

Judul : PANDANGAN INI BETUL
link : PANDANGAN INI BETUL

Baca juga


PANDANGAN INI BETUL

 




Umno mahu PRN Johor untuk mandat lebih jelas, kata Nur Jazlan,

UMNO Johor menggesa pilihan raya di negeri itu diadakan bagi mengelakkan kerajaan negeri tersepit hingga dijadikan tebusan oleh parti lain, kata Nur Jazlan Mohamed.

“Kami tidak mahu berada dalam situasi yang sama seperti Ismail Sabri Yaakob,” kata timbalan pengerusi Umno Johor itu kepada The Malaysian Insight dalam temubual di Johor Bahru semalam.

Beliau berkata kerajaan Ismail Sabri adalah kerajaan yang rapuh dipegang oleh “sokongan yang kurang jujur”.

“Perdana menteri menunjukkan beliau berada dalam apa-apa sahaja kecuali hubungan yang jujur dan harmoni. Dan itu dibuktikan dengan dua peristiwa baru-baru ini melibatkan presiden Bersatu dan PAS Muhyiddin Yassin serta Abdul Hadi Awang,” kata bekas timbalan menteri dalam negeri itu.


Keperluan Ismail Sabri untuk terus berkuasa memaksa beliau membuat keputusan yang boleh dipersoalkan seperti melantik Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) tetapi bekas perdana menteri itu tidak berada dalam Kabinet, kata Nur Jazlan.

“Ini mengakibatkan mesej mengelirukan mengenai pembukaan semula sempadan antarabangsa yang dikeluarkan,” kata bekas ahli Parlimen Pulai tiga penggal itu.

Ismail Sabri kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Kabinet belum berbincang cadangan untuk membuka kembali pintu sempadan negara seawal 1 Mac.

Tetapi memandangkan jumlah jangkitan harian Covid-19 mencecah paras 20,000 Ismail Sabri berkata pada Jumaat Kabinet tidak berbincang untuk membuka semula sempadan.

“Ini menunjukkan ketidakselarasan dalam pentadbiran,” kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan berkata begitu juga dengan pelantikan Hadi sebagai utusan khas Malaysia ke Timur Tengah juga menikam diri sendiri selepas presiden PAS itu bertemu wakil kerajaan Taliban di Qatar baru-baru ini.

“Mengapa Hadi menjanjikan bantuan kerajaan Taliban di Afghanistan sedangkan kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf mereka?,” soalnya.

Beliau menambah kelemahan dan keengganan Ismail Sabri untuk mendapatkan mandat pilihan raya baru memaksa beliau membuat keputusan tidak baik yang membawa kepada kekeliruan seperti itu.

“Ini adalah sesuatu yang Umno cuba elakkan di Johor,” kata pemimpin Umno berusia 55 tahun itu.

Nur Jazlan memberi maklum balas terhadap soalan mengapa Umno menggesa pilihan raya baharu di negeri itu bulan lepas. – 14 Februari 2022.


DUA PANDANGAN

TENTANG TALIBAN

& BUKA SEMPADAN

ADALAH BETUL

TEPAT & BENAR

AMIN

AL-KAWAHLI

PANDAI PANDAI

JUMPA TALIBAN

AMIN

TETIBA NAK BUKA

SEMPADAN

AMIN

TAPI INI TAK

SEMESTINYA 

RAKYAT WAJIB

SOKONG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

AMIN

PENCURI WAJIB

DISIMPAN DALAM JIL

DEMI KESELAMATAN 

NEGARA 

AMIN

KHALAS



Demikianlah Artikel PANDANGAN INI BETUL

Sekianlah artikel PANDANGAN INI BETUL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PANDANGAN INI BETUL dengan alamat link https://bruneidarusalamnews.blogspot.com/2022/02/pandangan-ini-betul.html

Catat Ulasan for "PANDANGAN INI BETUL "