KES MARA APA AKAN JADI ?
KES MARA APA AKAN JADI ? - Hallo sahabat news, In the article you are reading this time with the title KES MARA APA AKAN JADI ?, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.
Judul : KES MARA APA AKAN JADI ?
link : KES MARA APA AKAN JADI ?
Anda sekarang membaca artikel KES MARA APA AKAN JADI ? dengan alamat link https://bruneidarusalamnews.blogspot.com/2022/02/kes-mara-apa-akan-jadi.html
Judul : KES MARA APA AKAN JADI ?
link : KES MARA APA AKAN JADI ?
KES MARA APA AKAN JADI ?
Isu Mara: SPRM dalam fasa terakhir lengkapkan siasatan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam fasa akhir melengkapkan siasatan membabitkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa terlibat dalam isu integriti.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata siasatan telah 99 peratus siap, dan apabila disiapkan ia akan diserahkan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya, selain Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.
“Selain pembabitan lima pegawai itu tadi, SPRM dalam masa sama sedang menyiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat Mara Corporation (Mara Corp),” katanya dalam sidang media selepas majlis Pelancaran Program Excel ‘Corporate Liability and Organizational Anti-Corruption Plan’, di Kuala Lumpur.
Menurutnya SPRM akan memberi fokus kepada aspek terma rujukan penggunaan kad kredit terbabit, sama ada boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau rasmi dalam siasatannya, dan akan membuat kesimpulan keseluruhan berkenaan siasatan itu tidak lama lagi.
Pada 5 Februari lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu sebelum menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada 7 Februari.
Mengulas mengenai penyelewengan geran dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Ahmad Khusairi berkata 27 entiti termasuk syarikat, individu dan badan bukan kerajaan disiasat SPRM berhubung kes berkenaan.
Katanya SPRM telah menyiapkan kertas pendakwaan terhadap sekurang-kurangya 10 syarikat, dan dua individu akan dituduh di mahkamah di Ipoh dan Kuala Lumpur esok berkenaan penyelewengan dana berkenaan.
Sebelum ini SPRM menahan 22 individu dalam operasi di tujuh negeri dalam siasatan berhubung Mitra.
Mengulas mengenai isu kontrak perolehan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) pula, Ahmad Khusairi berkata SPRM akan mengemukakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berkaitan hal ehwal jenayah bagi menjalankan siasatan di luar negara berkenaan isu ini.
Beliau mengakui pihaknya mengalami kesukaran menyiasat isu LCS kerana ia membabitkan kes melebihi 10 tahun lepas, dan menurutnya SPRM membuka tiga kertas siasatan berhubung kes itu.
Sebelum ini SPRM menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam kontrak perolehan enam kapal LCS. – Bernama, 17 Februari, 2022.
APA AKAN
JADI KES INI
KAH KAH KAH
PETAMA - S.K.P
SIMPAN KE TEPI
KAH KAH KAH
KEDUA T.T.L
TAKDA
TINDAKAN LANJUT
KAH KAH KAH
KETIGA S.B.S
SISATAN BELUM
SELESAI
KAH KAH KAH
INI JADI MACAM
KES AZAM BAKI
SAMPAI HARI INI TERGANTUNG
KAH KAH KAH
ATAU LAPORAN
DIHANTAR
KE PEJABAT
PEGUAM NEGARA
UNTUK TINDAKAN
ATAU UNTUK
SIMPAN FAIL
KAH KAH KAH
AMIN
KAH KAH KAH
Demikianlah Artikel KES MARA APA AKAN JADI ?
Sekianlah artikel KES MARA APA AKAN JADI ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KES MARA APA AKAN JADI ? dengan alamat link https://bruneidarusalamnews.blogspot.com/2022/02/kes-mara-apa-akan-jadi.html
Catat Ulasan for "KES MARA APA AKAN JADI ?"