KAWAHLI TIBAI KETATI
KAWAHLI TIBAI KETATI - Hallo sahabat news, In the article you are reading this time with the title KAWAHLI TIBAI KETATI, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post what we write you can understand. ok, happy reading.
Judul : KAWAHLI TIBAI KETATI
link : KAWAHLI TIBAI KETATI
Anda sekarang membaca artikel KAWAHLI TIBAI KETATI dengan alamat link https://bruneidarusalamnews.blogspot.com/2022/02/kawahli-tibai-ketati.html
Judul : KAWAHLI TIBAI KETATI
link : KAWAHLI TIBAI KETATI
KAWAHLI TIBAI KETATI
Hadi Al-Kawahli terlalu marah, kata sumber dedah punca Khairuddin Al-Ketati dipecat
ISU yang terkumpul melibatkan Khairuddin Al-Ketati, termasuk hubungannya dengan seorang aktivis politik gerakan Islam, punca bekas menteri itu dipecat daripada dua jawatan dalam PAS dalam masa sebulan yang lepas, kata beberapa sumber.
Kemarahan Presiden PAS Hadi Al-Kawahli memuncak selepas Khairuddin melibatkan aktivis politik itu semasa mewakili parti dalam satu persidangan mengenai Palestin di Istanbul, Turki pada Disember lalu, kata sumber.
Sumber memberitahu , kemarahan Hadi Al-kawahli tidak dapat dibendung sehingga pada satu peringkat mahu membuang Khairuddin dari parti.
“Namun ia dihalang oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat yang lain kerana bimbang keadaan akan lebih teruk dan tidak dapat dikawal hingga menjejaskan imej parti.
“Kerana itu akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengugurkan sahaja jawatan Khairuddin Al-Ketati sebagai ahli jawatankuasa parti dan setiausaha majlis syura ulama,” katanya.
Sikap Al-Kawahli terhadap aktivis politik itu diketahui umum dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS. Beliau menganggapnya sebagai dalang yang memecah-belahkan kepimpinan tertinggi PAS.
Al-Kawahli juga dilapor pernah memberi amaran kepada Al-Ketati kononnya aktivis politik berkenaan “agen Umno”.
Aktivis politik berkenaan dikatakan antara sosok utama yang terlibat mengatur hubungan PAS dan Umno sejak 2009.
“Presiden minta berulang kali putuskan hubungan dengan dia tapi Khairuddin tetap berhubung, termasuk membawanya ke luar negara,” kata sumber.
Sumber menjelaskan kesabaran Abdul Hadi teruji apabila Hamas mengadu mengenai kehadiran aktivis politik berkenaan bersama rombongan pimpinan PAS pada persidangan mengenai Palestin.
“Mereka tidak selesa bila (aktivis itu) ada dalam pertemuan tersebut. Maka wakil Hamas telah membuat bantahan kepada presiden sendiri,” katanya.
Seorang lagi sumber menceritakan perkara sama kepada The Malaysia dan menambah kehadiran Al-Ketati bersama aktivis politik berkenaan ke persidangan Palestin bukan satu-satunya penyebab beliau dipecat daripada dua jawatan parti baru-baru ini.
“Ia rentetan dari isu-isu lain sebelum ini. Kita boleh kata pelbagai dan bukan semata- mata kerana isu lawatannya di Turki, Khairuddin dipecat.
“Cuma isu lawatannya itu menjadi titik tolak membawa kepada keputusan memecat Khairuddin,” katanya.
Timbalan Presiden PAS Ibrahim Al-Eko Gapo yang dihubungi berkata beliau tiada maklumat mengenai perkara itu dan enggan mengulas lanjut.
Al-Ketati juga enggan mengulas mengenai pengguguran jawatannya yang dikaitkan dengan seorang aktivis politik.
Dalam satu rakaman video di Facebook beberapa hari lalu beliau berkata belum sampai masa untuknya memberi komen mengenai pemecatannya.
Apa yang berlaku juga membabitkan isu dalaman dan perlu diselesaikan dengan cara parti, katanya.
Sementara itu, sumber membayangkan laluan sukar untuk Al-Ketati mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya sejak 2013.
“Ya, sudah pasti ada kemungkinan nama Khairuddin akan dikeluarkan sebagai calon yang mempertahankan kerusi Parlimen,” katanya.
Pada 14 Januari, Al-Kawhli mengesahkan penarikan balik pelantikan Al-Ketati sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat, tidak sampai dua bulan selepas dilantik ke jawatan itu, setelah kalah dalam pemilihan parti.
Minggu lalu, Al-Ketati digugurkan pula dari jawatan setiausaha agung Majlis Syura Ulama PAS.
Al-Kawahli berkata tindakan terhadap Al-Ketati atas alasan disiplin tetapi beliau enggan memperincikan pelanggaran disiplin berkenaan.
Khairuddin Al-Ketati, yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, dikenali antara pemimpin PAS yang kuat memperjuangkan kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional.
Penggugurannya daripada Jawatankuasa PAS Pusat kebetulan dibuat pada minggu sama Al-Ketati terlibat dalam satu perbincangan tertutup bersama pemimpin parti yang diketahui cenderung kepada kerjasama dengan Umno.
Perbincangan tertutup tersebut difahamkan berkait usaha memperkukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN). – 15 Februari, 2022.
Demikianlah Artikel KAWAHLI TIBAI KETATI
Sekianlah artikel KAWAHLI TIBAI KETATI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KAWAHLI TIBAI KETATI dengan alamat link https://bruneidarusalamnews.blogspot.com/2022/02/kawahli-tibai-ketati.html
Catat Ulasan for "KAWAHLI TIBAI KETATI"